Berita yang dinanti akhirnya tiba. Call of Duty: Black Ops 7 diumumkan secara rasmi di Gamescom Opening Night Live 2025 dan bakal dilancarkan pada 14 November. Siri terbaru ini menjanjikan pengalaman yang lebih mendalam dengan Kempen Co-Op paling inovatif dalam sejarah Black Ops, pakej Multiplayer besar dengan 18 peta pada hari pelancaran, serta bab seram baharu dalam mod Round-Based Zombies.
Dalam Kempen Co-Op, pemain boleh meneroka jalan cerita penuh aksi sama ada secara solo atau bersama sehingga empat rakan. Watak ikonik seperti David Mason dan Raul Menendez kembali bersama watak baharu seperti Emma Kagan, membawa naratif yang lebih kompleks. Lokasi misi pula sangat pelbagai dari bumbung neon di Jepun, pantai Mediterranean, sehinggalah ke dunia minda yang penuh misteri. Puncaknya ialah Endgame, di mana bandar Avalon terbuka sepenuhnya untuk pemain menguji kemahiran, kebolehan khas dan strategi mereka.
Bagi peminat Multiplayer, Black Ops 7 menampilkan 16 peta 6v6 (13 baharu dan 3 klasik dari Black Ops 2) serta dua peta besar untuk pertempuran skala besar. Senjata futuristik tahun 2035, sistem Overclock yang membolehkan peralatan, Scorestreaks dan Field Upgrades berkembang mengikut penggunaan, serta Hybrid Combat Specialties memberi kebebasan untuk mencipta gaya permainan unik. Mod baharu, Skirmish 20v20, menggabungkan objektif, kenderaan, wingsuit dan grappling hook untuk pengalaman perang besar-besaran yang segar.
Sementara itu, Zombies kembali dengan peta survival klasik, kenderaan baharu dan kesinambungan cerita Dark Aether, di mana kru Black Ops 6 bertembung dengan versi alternatif wira asal – Richtofen, Nikolai, Takeo dan Dempsey. Selain itu, Dead Ops Arcade 4 memperkenalkan aksi arked penuh gila dengan senjata serta arena baharu. Pemain yang membuat pra-tempahan akan menikmati akses awal beta bermula 2–8 Oktober, pek cabaran eksklusif, Operator istimewa, koleksi senjata Mastercraft dan pelbagai ganjaran edisi Vault termasuk konten BlackCell serta bonus khas untuk mod Zombies.

setahun yang lepas