CaseOh boleh dipenjarakan 3,000 tahun dan disaman RM1.68 bilion jika Goob Lagoon wujud – Peguam

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Peguam dan pencipta kandungan LawByMike baru-baru ini membuat satu ‘penyiasatan’ ke atas taman tema air fiksyen Goob Lagoon.

Peguam Mike mendapati CaseOh bakal dipertanggungjawabkan dengan saman dan kesalahan yang bernilai ratus juta AS$.

Goob Lagoon adalah taman tema air yang dibuat oleh Caseoh dalam permainan video Waterpark Simulator.

Stream Waterpark Simulator yang disirikan oleh Caseoh sangat berjaya dan viral sehingga terdapat orang membeli papan iklan gergasi dan lori mempromosikan Goob Lagoon.

Jumlah ‘kematian’ dan ‘kecederaan’ untuk pelanggan Goob Lagoon sangat banyak sehingga ada peminat CaseOh membangunkan laman web untuk membantu ‘mangsa’ yang pergi ke Goob Lagoon.

Foto: Gooblagoonlawsuit

Mike mengatakan CaseOh perlu membayar lebih AS$400 juta (RM1.68 bilion) atas semua ‘kesalahan’ yang dilakukan oleh CaseOh.

Kesalahan yang dibuat oleh CaseOh

Peguam tersebut telah menganalisa semua ‘kecederaan’ yang berlaku ke atas pelawat Goob Lagoon yang menggunakan luncur air berbahaya, jatuh di lopak air, kematian, dibelasah CaseOh dan pelbagai lagi kemalangan lain.

“Ini adalah taman tema air paling mengerikan saya pernah lihat,” ujar Mike dalam video analisisnya.

Peraturan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) sentiasa dilangar dimana CaseOh menjumpai plastik dipenuhi sampah dan najis manusia.

Paling merisaukan apabila Caseoh sendiri menggunakan taser ke atas pelanggan taman temanya.

“Kita sedang melihat kejadian pembunuhan beramai-ramai,” ujar Mike.

Dicampur dengan kes mahkamah untuk pekerja, saman melangar akta OSHA, dan 22 kematian di Goob Lagoon boleh membuat CaseOh bakal disaman sebanyak  lebih AS$400 juta (RM1.68 bilion).

Untuk jenayah kecuaian, menganiaya, menganiaya dengan senjata, dan pembunuhan secara tidak sengaja – CaseOh boleh dipenjarakan selama 3,000 tahun.

RELATED NEWS

+