CD Projekt jual pelantar permainan video GOG dengan harga RM101 juta

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

CD Projekt kini telah menjual pelantar kedai permainan video PC, GOG.com kepada pengasas bersama Michał Kiciński dengan harga AS$25 juta (RM101 juta).

GOG telah memberi fokus kepada permainan video digital tanpa DRM termasuk beberapa permainan moden dan klasik. Pelantar ini telah beroperasi untuk CD Projekt selama lebih 17 tahun.

Sebab utama penjualan ini bertujuan untuk memudahkan operasi CDPR dimana GOG hanya menyumbang keuntungan kecil AS$478 ribu (RM1.49 juta) berbanding perniagaan utama CDPR yang mengaut untung besar AS$53 juta (RM215 juta).

Foto: GOG.com

Isnin lepas, CD Projekt mengumumkan Michał Kiciński pengasas bersama dan pemilik saham sebesar 10% untuk CD Projekt.

GOG mengatakan tiada perubahan bagi pengguna dan pemain masih boleh mengakses semua permainan yang telah dibeli seperti biasa. Polisi pelantar dan sokongan untuk pemeliharaan permainan retro akan diteruskan.

Pelantar permainan ini akan terus memberi fokus menghidupkan semula permainan retro supaya boleh dimainkan di PC moden.

Kicinski juga telah memberi bayangan akan membawa permainan video baharu dengan jiwa retro ke pelantar tersebut pada tahun 2026.

RELATED NEWS

+