Seorang pemain Minecraft telah berjaya dibangunkan di dalam Minecraft dengan bahasa model AI yang berfungsi.
Projek ini telah dikongsikan di Youtube dan dibuat oleh sammyuri dan digelar CraftGPT.
inaan terbaru ini menggunakan lebih 5 juta parameters dan jika hendak dibandingkan dengan model AI sekarang, model ini tersangatlah kecil.
Tetapi untuk dibina di dalam dunia Minecraft? Itu perkara yang berbeza yang patut dibanggakan.

Foto: sammyuri
CraftGPT
Menurut sammyuri, model itu telah dilatih diluar Minecraft terlebih dahulu sebelum dibuat di dalam Minecraft menggunakan litar redstone. Ini bermakna proses pembelajaran tidak berlaku di dalam Minecraft tetapi pemprosesan teks berjalan di dalam Minecraft.

Foto: sammyuri
Walaupun perbualan adalah perlahan tetapi binaan ini berjaya wujud di Minecraft dan boleh dibawa bertutur dengan soalan mudah.
Dengan menyambung jutaan logical connections dengan ketepatan, sammyuri berjaya membuat replika untuk perimeter yang diperlukan.
Semua arahan yang dibuat berdasarkan data yang telah diproses tanpa menggunakan mod, command blocks atau pek data.

Foto: sammyuri
Minecraft telah lama menjadi pelantar di mana ramai pengguna dan pemain cuba untuk memaksimakan penggunaan permainan video itu dari pembuatan kalkulator, hard drive, emulator dan pelbagai lagi.
Sebagai perbandingan GPT-2 mempunyai 1.5 billion parameters dan GPT-3 mempunyai 175 bilion parameters. Mempunyai 5 juta parameters di dalam Minecraft adalah suatu perkara yang tidak disangka orang ramai.

setahun yang lepas