Pencipta Death Stranding dan Metal Gear Solid, Hideo Kojima telah mengongsikan pendapatnya mengenai penggunaan AI untuk pembangunan permainan video.
Kojima merasakan terdapat masa depan untuk penggunaan AI seiring dalam pembangunan permainan video.
Berdasarkan temuduga dengan Wired Japan, Kojima telah menjawab persoalan ini.
View this post on Instagram
“Ramai orang menggunakan AI dalam kerja kreatif untuk mendapatkan pelbagai idea. Tetapi bagi saya penggunaan AI ada lebih kepada kawan sahaja,” ujar Kojima.
“Disebabkan saya berada dalam industri digital, saya akan meneraju bahagian kreatif, dan menggunakan AI untuk memudahkan kerja,” tambahnya lagi
Kojima mengatakan menggunakan AI seiring lebih baik dari membiarkan AI menentukan semuanya.
Tambahan lagi, menurut Kojima tidak kiralah AI atau manusia, anda perlu memilih yang terbaik terutamanya dari perspektif pengarah.

setahun yang lepas