Cheaters Cheetah – game dimana semua pemain ‘menipu’ sebab ada cheats!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dari sudut psikologi, kita masih belum tahu mengapa pemain suka menipu dengan menggunakan hack atau cheat dalam permainan video kompetitif.

Memperkenalkan permainan video kompetitif FPS Cheaters Cheetah yang melanggar kesemua peraturan permainan yang adil.

Dibuat oleh Acmore Games, permainan ini mempunyai mod ”legit cheat” dimana semua pemain mempunyai hack biasa dan “rage cheat” di mana setiap pemain mempunyai kesemua hack yang ada.

Dalam Cheaters Cheetah setiap pemain mempunyai cheat seperti wallhacks, aim bot, spin bot dan pelbagai lagi hack yang selalunya tidak dibenarkan untuk anda guna kerana tidak adil.

“Permainan ini menceritakan bekas-bekas penipu game yang berada di dalam satu penjara kerana menggunakan cheats dalam FPS yang mereka main. Mereka kemudiannya akan diubah menjadi seekor Cheetah dan dipaksa untuk berlawan dengan penipu-penipu lain.”

Setakat ini Ban Hammer yang diberikan kepada pemenang masih belum diketahui fungsinya iaitu samada ban itu adalah ban sebenar atau hanya dalam Cheaters Cheetah sahaja.

RELATED NEWS

+