Sejak pelancaran Marvel Rivals, permainan video online tidak akan lari daripada penipu dan pengguna hack yang akan merosakkan permainan.
Apa yang berlaku apabila seorang pemain sudah tidak lagi mahu bermain, selalu kalah dan terlalu marah dengan ahli pasukan sendiri?
Inilah yang telah dijumpai oleh YouTuber Jay3 iaitu seorang penipu Rocket Raccoon dalam Marvel Rivals dengan nama SwitchingSidez.

Foto: NetEase
Bukan sekadar hack biasa pemain Rocket Raccoon ini menggunakan aimbot, teleportation, dan hack yang membolehkannya untuk membunuh ahli pasukan sendiri.
Pada awal permainan lagi pemain ini terus menembak ahli pasukannya dan seolah-olah berang dengan pasukan sendiri.
Dia kemudiannya akan spawn camp ahli pasukan sendiri dan kemudian menembak musuh mengikut kesukaan dia sendiri.
Semuanya bermula selepas Jay3, melihat sejarah perlawanan pemain itu.
Pemain itu hanya bermain di Rank Bronze dan mempunyai kekalahan yang sangat teruk disamping menggunakan karakter support.
Sejak itu, SwitchingSidez terus menggunakan hack untuk membuat onar di serata permainan yang dia main.
Tetapi hack ini hanya dapat bertahan selama dua perlawanan sahaja dan dia telah diharamkan terus dari bermain Marvel Rivals ketika permainan kedua sedang berlangsung.
Marvel Rivals walaupun mempunyai beberapa hacker tetapi sistem untuk menghalang pemain sebegini sangat cepat untuk diimplimentasi.

setahun yang lepas