Fatal Fury: City of Wolves kini mengumumkan pemain bola sepak yang sangat popular, Cristiano Ronaldo bakal menjadi karakter seterusnya untuk Fatal Fury.
Selepas senyap selama 26 tahun Fatal Fury kembali dengan Fatal Fury: City of Wolves.
Cristiano Ronaldo yang kini bermain untuk kelab Al Nassr akan menjadi karakter baharu.

Foto: SNK
Karakter ini memakai pakaian hijau dan merah sama seperti baju kit kebangsaan Portugal. Juga diumumkan baju jersi Manchester United dan Real Marid juga akan hadir sebagai skin untuk Cristiano Ronaldo.

Foto: SNK
Paling unik Cristiano mempunyai gaya berlawan menggunakan bola kuasa dan trailer menunjukkan dia membelasah Terry Bogard.
Sudah semestinya anda juga boleh melihat Cristiano memraikan sambutan gol ikoniknya iaitu SIU!
Anda boleh bermain dan membeli Fatal Fury: City of Wolves pada 24 April ini di pelantar PC, PlayStation 4|5 dan Xbox Series X|S.

setahun yang lepas