Diarmuid Early Juara Microsoft Excel World Championship 2025 – Betul Excel ada Esukan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Diarmuid Early kini dinobatkan juara Microsoft Excel World Championship 2025 setelah mengalahkan 23 pemain lain di LAN Finals.

Pertandingan Microsoft Excel World Championship 2025  mempunyai AS$61.5 ribu (RM253 ribu) jumlah wang terkumpul dan juara membawa pulang AS$ 5 ribu (RM20.5 ribu).

Microsoft Excel World Championship 2025 - Finals

Pertandingan ini berakhir semalam di mana finals telah dibuat selama tiga hari berluma 1 Disember ke 3 Disember dan diadakan di Las Vegas HyperX Arena.

Pada peringkat akhir, semua 24 pemain perlu menyelesaikan beberapa kes kompleks di spreadsheet Microsoft Excel dan pemain perlu menggunakan kesemua pengetahuan mereka untuk menyiapkan 130 soalan di antara 7 level.

Juara Diarmuid Early telah membawa pulang AS$ 5 ribu (RM20.5 ribu) bersama-sama tali pinggang khas juara.

Dia telah berjaya mendapatkan 1,250 mata dengan lebih 300 mata melepasi juara dunia tahun lepas iaitu Andrew Ngai.

Microsoft Excel World Championship 2026 masih belum diumumkan tetapi Microsoft Office Specialist World Championship 2026 telah diumumkan akan diadakan di Anaheim, California pada 26-29 Julai 2026.

Microsoft Office Specialist World Championship 2026 adalah pertandingan dimana semua pemain akan berlawan dengan Word, PowerPoint dan Excel untuk merebut hadiah wang terkumpul.

RELATED NEWS

+