Sejauh manakah anda sanggup pergi untuk menipu mengenai kehidupan anda? Kita sendiri pernah melihat banyak pempengaruh yang menipu kehidupan penuh kekayaan mereka tetapi hanyalah menyewa kemewahan itu.
Inilah yang berlaku beberapa tahun lepas ketika Sukan SEA 2025 di Thailand.

Foto: SNE Sports Co
Kehidupan Naphat “Tokyogurl” Warasin selama ini hanya berpura-pura sebagai seorang atlet e-sukan sejak beberapa tahun tidak disedari oleh orang ramai.
Ahli pasukannya sedar akan perangai pelik Tokyogurl tetapi perkara itu sentiasa diendahkan kerana menganggap Tokyogurl hanya seorang yang pemalu dan sentiasa gementar. Tiada siapa sangka keseluruhan karier e-sukannya semuanya hanyalah palsu.
Kehidupan Tokyogurl
Toykogurl di Arena of Valor boleh dikatakan sebagai star player baharu yang sedang meningkat popularitinya.
Berdasarkan temuduga bersama Kapten pasukan ‘Givemeakiss’ dari VNExpress, dia mengatakan Tokyogurl adalah pemain wanita marksman dan jungle terbaik sekaligus membuatkan dia terus masuk ke skuad kebangsaan tanpa perlu memasuki sesi percubaan.
Dia akhirnya berjaya menandatangani kontrak dengan Talon Esports salah satu organisasi esukan di Asia Tenggara yang dikenali ramai.

Divisyen wanita Talon Women ROV menjadi tempat Tokyogurl bertanding sebagai pemain substitute.
“Prestasi” Tokyogurl sebagai pemain bagus kini telah diketahui ramai orang sehingga dia berjaya mendapat role Carry. Salah satu posisi paling penting dalam permainan MOBA.
Pasukan mereka juga telah berjaya memenangi pertandingan peringkat kebangsaan ini sekaligus layak untuk mewakili negara ke Sukan SEA.

Foto: Garena ROV Tournament
Tokyogurl selalu dipuji peminat bukan sahaja kerana rupanya yang cantik tetapi seorang pemain carry yang hebat.
Ini semua hanyalah permulaan buat Tokyogurl.
Ditangkap ketika Sukan SEA 2025
Kejadian ini telah berlaku ketika Game 1 berlawan dengan Vietnam ketika perlawanan separuh akhir untuk Arena of Valor.
Seperti biasa ketika pertandingan pemain selalunya perlu menggunakan telefon yang telah diberi.
Perangai pelik Tokyogurl sudah dapat dilihat apabila dia cuba untuk membawa telefon yang diberikan ke tempat lain kononnya untuk menukarkan settings sendiri.
View this post on Instagram
Permainan kini sudah pun bermula, dan Coach Thailand tersedar sesuatu yang tidak kena dengan telefon milik Tokyogurl.
Ketika siaran langsung Tokyogurl sentiasa dilihat cuba menutup telefonnya seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

Staf pertandingan menghentikan permainan sementara dan mengatakan pergerakan Tokyogurl tidak sama dengan pergerakan di dalam permainan.
Ketika ini ahli pasukannya yang lain pun tidak tahu apa yang berlaku.
Setelah itu, permainan diteruskan seperti biasa tetapi prestasi Tokyogurl menjadi sangat teruk sehingga dia tidak berjaya mendapatkan satu kill pun.
Thailand akhirnya kalah 3-0 ke atas Vietnam selepas ini.
Pada hari yang sama:
Tidak lama selepas itu, Tokyogurl telah ditangkap dan kenyataan rasmi dari Thailand Esports Federation (TESF) mengenai keputusan mengenai kesalahan yang dilakukan oleh Tokyogurl.

Foto: Thailand Esports Federation
Naphat “Tokyogurl” Varasin telah dibuang serta merta kerana melanggar Peraturan dibawah 9.4.3 untuk penggunaan peranti pihak ketiga atau penggubahan peranti.
Peranti tersebut membolehkan orang lain untuk bermain bagi pihaknya secara ‘remote’. (Ini adalah sangkaan terawal cara Tokyogurl menipu)
Perkara ini bukan sahaja memalukan ahli pasukan malah negara dan nama baik Sukan SEA.
Tidak lama kemudian Talon Esports juga mengeluarkan kenyataan atas pembuangan Tokogurl dari pasukan mereka.

Foto: Talon Esports
Tokyogurl perlu membayar semula kesemua kos selama 9 bulan ketika berada di bawah Talon Esports.
Karier Tokyogurl kini hancur begitu sahaja dan diharamkan selamanya dari mana-mana pertandingan berkaitan.
Tokyogurl tidak mengaku bersalah
Sejurus selepas semua ini Tokyogurl mengatakan di kini sedang berada di hospital akibat tekanan yang tinggi kerana hampir pitam.
“Jika saya menipu, sudah lama saya menang. Saya bermain dengan sendiri. Kerana stres dan tekanan yang tinggi saya panik ketika itu. Saya kini dibawa ke hospital. Anda tidak tahu apa yang saya lalui.”
Siapa yang bermain akaunnya?

Foto: VNExpress
Malangnya pertandingan sebegini selalunya menggunakan LAN tetapi tidak untuk pertandingan ini kerana ia menggunakan private server atas talian.
Menggunakan Discord, Tokyogurl membuat perkongsian skrin di telefonnya tetapi akaunnya dimain oleh orang lain.
Rupa-rupanya untuk selama ini dia telah melakukan perkara yang sama untuk keseluruhan kariernya sebagai pemain esukan.
Orang yang bermain akaun Tokygurl ialah tidak lain tidak bukan teman lelaki Tokyugurl sendiri yang bernama Cheerio. Cheerio juga adalah bekas pemain profesional Arena of Valor.
Menurut laporan dari Bangkok Post, Cheerio akhirnya mengakui dia adalah pemain yang bermain untuk Tokyogurl.
Tindakan undang-undang ke atas Cheerio dan Tokyogurl akan dilaksanakan oleh Thai Esports Association.
Karier Hancur
Karier Tokyogurl kini hancur begitu sahaja dan diharamkan selamanya dari mana-mana pertandingan berkaitan.

Foto: Tokyogurl (Instagram)
Ketua Jurulatih Pom dan ahli pasukan lain juga mengatakan Tokyogurl sangat jarang menyertai sesi latihan bersama tetapi hanya bermain secara atas talian.
Tokyogurl kini telah menutup kesemua akaun media sosialnya dan masih tidak memohon maaf secara formal kepada semua orang yang terlibat.

setahun yang lepas