Discord ambil bekas naib pengerusi Activision Blizzard sebagai Ketua Pengarah Esekutif baru

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Salah satu pengasas Discord, Jason Citron baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif Discord.

Foto: Discord

Kini bekas Naib Pengerusi Activision Blizzard, Humam Sakhnini bakal menjadi Ketua Pengarah Esekutif untuk Discord.

Jason Citron sudah menjadi CEO Discord untuk hampir 10 tahun sebelum meletakkan jawatannya.

Perubahan ini berlaku apabila Discord dilaporkan bersedia untuk Initial Public Offering (IPO) di mana sesuatu syarikat swasta menjual saham mereka secara terbuka.

Ramai pengguna Discord resah dengan CEO baru ini dimana Discord selepas ini berkemungkinan akan mempunyai lebih banyak transaksi mikro sama seperti permainan video dari Activision.

Perubahan Discord sudah lama berlaku kerana mereka sentiasa membuat inovasi terbaru untuk pengguna mereka.

RELATED NEWS

+