Turki kini haramkan Discord atas kes kumpulan serangan seksual

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Turki kini menutup akses ke Discord hari ini.

Menurut Menteri Undang-Undang, Yilmaz Tunc, mereka sudah menjalankan siasatan ke atas kumpulan yang dituduh atas keganasan, peras ugut dan serangan seksual ke atas kanak-kanak dan wanita di Discord.

Foto: Discord

Dua kanak-kanak bawah umur kini berada di bawah jagaan polis selepas mendapati mereka adalah moderator untuk kumpulan yang melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak.

Berikutan itu, Discord kini dihalang di Turki atas keputusan dari mahkamah Ankara.

Turki juga mengharamkan Roblox baru-baru ini.

Rujukan: duvarenglish

TAGS

RELATED NEWS

+