Pembangun dan penerbit sepenuh masa, Double Eleven, dengan bangganya melancarkan Blindfire, harta intelektual (IP) asal pertama mereka.

Blindfire adalah permainan penembak perspektif pertama dalam talian yang membawa pemain ke dalam suasana gelap.

Selepas diperkenalkan dalam Xbox Partner Preview terbaru, permainan video ini kini boleh didapati dengan harga RM24.50 di PC (Steam, Epic Games Store), dengan versi PlayStation 5 yang akan hadir.
Tahun ini, Double Eleven berpindah ke ibu pejabat baru dan kini mempunyai 440 pekerja.
Mereka sudah membantu rakan kongsi membawa permainan popular ke platform baru sambil membangunkan kandungan untuk game dilancarkan di platform lain.
Blindfire adalah hasil kolaborasi antara pasukan di UK dan Malaysia, menawarkan pengalaman penembak arena yang unik di mana stealth dan strategi adalah ciri utama diterapkan.

Permainan ini kini dalam akses awal dan akan terus dikemas kini dengan senjata dan kebolehan baru berdasarkan maklum balas komuniti.
Sebagai penaja utama festival animasi dan permainan, Animex 2024, Double Eleven juga mengalu-alukan individu yang berminat untuk bertemu mereka pada 13 November ini.
Pada bulan Disember ini, Double Eleven akan meraikan ulang tahun ke-15 mereka, merekodkan satu pencapaian penting dalam perkembangan dan kreativiti. Nantikan kemas kini tentang acara sambutan ulang tahun!
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas