EA batalkan game Black Panther – Studio Cliffhanger Games ditutup

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Electronic Arts (EA) kini membatalkan permainan Black Panther dan menutup studio pembangun Cliffhanger Games.

Dalam e-mel yang dihantar kepada staf dari Presiden EA Entertainment Laura Miele, Miele mengatakan perubahan ini termasuk dengan pembatalan dan pembuangan kerja dibuat untuk “memberi fokus tenaga kreatif kepada peluang-peluang yang menjamin peningkatan.”

Foto: MARVEL|Cliffhanger Games

Tambahan itu, Cliffhanger ditutup dan Black Panther dibatalkan oleh EA.

EA juga akan memberhentikan beberapa individu dalam pasukan mereka. Setakat ini masih belum ada lagi angka berapa orang pekerja yang akan dilepaskan oleh EA.

Difahamkan jumlah pekerja yang diberhentikan kali ini kurang daripada 300 staf yang dibuang bulan lepas oleh EA.

“Keputusan ini bukan mudah,” ujar Miele.

“Hal ini melibatkan kesemua orang yang pernah bekerjasama, mempelajari dan berkongsi saat-saat bersama. Kami akan membuat apa saja yang kami boleh untuk menyokong mereka — termasuk mencari peluang di dalam EA dimana mereka-mereka ini berjaya dalam membantu orang ramai di EA,” tambahnya lagi.

Dalam e-mel itu juga, francais seperti Battlefield, The Sims, Skate dan Apex Legends akan diteruskan. Permainan ketiga Star Wars: Jedi dan permainan baru Iron Man juga akan diteruskan seperti biasa.

Rujukan: IGN

RELATED NEWS

+