Electronic Arts (EA) mengesahkan kesemua pasukan perlu membayar penginapan mereka sendiri ketika Apex Legends Global Series Open (ALGS).
Untuk acara ALGS kali ini, lebih 160 pasukan akan hadir dan ia adalah jumlah pasukan paling besar dalam sejarah ALGS.
Bagi acara sebelum ini, EA membayar kesemua penginapan dan wang perjalanan untuk hanya tiga pemain sahaja dan setiap pasukan akan diberikan dua bilik.

Foto: Electronic Arts
Tetapi, bagi tahun kelima ALGS, jumlah pasukan yang terlalu banyak menyebabkan EA memilih untuk memastikan kesemua pemain boleh hadir ke pertandingan dari membayar penginapan.
Menurut laporan dari esports.gg, EA merasakan membayar untuk perjalanan adalah lebih adil untuk ALGS Open.
Kesemua pasukan akan mendapat tiga tiket kapal terbang bagi yang layak.

Foto: Electronic Arts/Joe Brady
Fokus ini dibuat untuk memastikan kesemua pemain dapat bertanding tidak kira dari mana pasukan itu berada.
EA juga mengatakan mereka akan membantu pasukan untuk menempah mana-mana hotel sepanjang pertandingan bagi memudahkan mereka mendapat tempat penginapan.
Disamping itu, EA juga akan bekerjasama dengan mana-mana hotel penginapan untuk mendapatkan diskaun bagi pasukan-pasukan ALGS Open.
Hal ini sudah semestinya mengecewakan untuk beberapa pihak tetapi EA belaku sangat adil dalam perkara ini kerana usaha mencari dan menempah kesemua penginapan bagi 160 pasukan bukanlah perkara mudah.

setahun yang lepas