Battlefield REDSEC adalah permainan video percuma battle royale Battlefied 6.
Permainan ini akan memberi fokus kepada battle royale dimana 100 pemain akan berlawan dengan formula sama Battlefield 6.
Setiap pemain akan diturunkan di Fort Lyndon iaitu satu tapak ujian kerajaan yang ditukarkan menjadi medan perang.
Di sini setiap skuad akan berlawan secara battle royale dalam skala lebih besar. Fort Lyndon dikatakan map Battlefield terbesar pernah wujud.
Pemain perlu menjadi loot rare, mengumpul semua armor plates dan menguasai kawasan medan tempur.

Foto: Electronic Arts/BF Studios
Anda boleh menghabiskan misi bersama-sama rakan dalam pengalaman battle royale tetapi dalam perspektif Battlefield.
Battlefield 6 dan REDSEC akan wujud bersama-sama jadi bagi sesiapa yang bermain Battlefield 6 pasti akan merasaai peperangan yang lebih huru-hara dari sebelumnya.
Permainan ini hadir di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S

setahun yang lepas