Epic Games kini mengemas kini program hasil keuntungan mereka untuk memberi pembangun mendapatkan lebih pulangan untuk permainan video yang dibangunkan oleh mereka.
Perubahan ini akan bermula Jun ini di mana pembangun yang mengeluarkan permainan video di Epic Store akan menyimpan 100% keuntungan dan hasil sehingga mereka mencecah AS1$ 1 juta (RM 4.25 juta) pertama.

Foto: Epic Games
Jika mana-mana pembangun berjaya mencapai nilai ini, Epic akan mengembalikan potongan hasil asal iaitu 88%/12%.
Tambahan lagi, pencipta Fortnite dan Unreal Engine itu juga melancarkan satu ‘kedai web’ yang memberi inisiatif untuk pembangun memberi pemain pilihan bagi membuat pembelian menerusi aplikasi mereka atau luar dari aplikasi itu.
Sebagai bonus tambahan, Epic Webshops akan memberikan tambahan 5% Epic Rewards untuk setiap pembelian.
Untuk platform lawan mereka, Steam mengambil hasil sebanyak 30% dari jumlah harga permainan video. Jumlah ini akan berubah-ubah mengikut keuntungan yang dibuat oleh pembangun itu.

setahun yang lepas