Penipu Fortnite diarah bayar RM740 ribu selepas disaman Epic Games

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang pemain Fortnite telah dikenakan penalti AS$175,000 (RM740 ribu) dan diharamkan secara kekal setelah kalah dalam tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Epic Games.

Pemain tersebut disaman kerana menggunakan cheat ketika pertandingan.

Saman ini telah dimulakan pada 18 Disember 2024 dimana pemain ini telah dibawa ke mahkamah kerana menggunakan perisian menipu ketika pertandingan Fortnite.

 

Penipu tersebut telah cuba untuk menyembunyikan perkara ini dengan beberapa akaun tetapi taktik itu dapat dikesan oleh sistem Epic.

“Fortnite bukan tempat untuk anda menipu dan kami akan melakukan apa sahaja untuk menghentikannya, termasuk tindakan undang-undang,” ujar Epic.

Epic mengatakan kesemua yang tuntutan itu akan didermakan kepada badan amal.

 

RELATED NEWS

+