Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) akan menganjurkan EsportsCon edisi kedua pada 25 Januari ini di ESI HUB, Spacerubix, Puchong.
Ia adalah konvensyen e-sukan yang menyediakan ruang untuk peminat e-sukan dan gaming berinteraksi, membina rangkaian dan berkongsi minat.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik di lokasi antaranya pameran jenama esukan, sesi perbincangan bersama tokoh-tokoh dalam industri, sesi podcast, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Pihak ESI juga mempelawa organisasi esukan dan gaming menyertai EsportsCon. Dari peniaga makanan, pasukan e-sukan hinggalah ke produk kesihatan dan alat penstriman serta teknologi penciptaan kandungan dijemput hadir menjadi pempamer.
Anda berpeluang berinteraksi secara langsung dengan komuniti esukan dan industri profesional, menjalinkan hubungan strategi dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan baru dalam suasana dinamik dan interaktif.
Emel Junaidi Al-Johary di [email protected] atau hubungi 012-9273497 untuk pertanyaan lanjut.
Foto: Esports Integrated

setahun yang lepas