Fall Guys Mobile kini boleh dimainakn secara rasmi di Android.
Permainan video ini pada mulanya dilancarkan pada 4 Ogos, 2020 untuk konsol dan PC. Ia meraih populariti kerana menawarkan gameplay dengan format Battle Royale namun pemain ditempatkan dalam lokasi berbeza di mana mereka perlu bermain mini games yang penuh keseronokan dan juga lucu.
Selain dilancarkan di Android, ia juga dilancarkan di iOS namun hanya di rantau Kesatuan Eropah saja dan bukannya Asia Tenggara. Fall Guys Mobile di Android turut menawarkan sokongan rentas platform di mana jika anda berada di platform berbeza (Android, PC, konsol), anda boleh bermain sekali bersama rakan.
Buat masa ini belum ada pengumuman untuk pelancaran di iOS (rantau Asia Tenggara) namun permainan mudah alih ini menawarkan kostum Holobean kepada pemain yang menyelesaikan lima peringkat pertama dalam permainan.
Terus layari laman web ini dan klik “More Ways to Play” untuk muat turun di Android. Anda harus mempunyai akaun Epic Games Store dan aplikasinya sebelum boleh download Fall Guys.

setahun yang lepas