Sports Interactive mengumumkan Football Manager 25 (FM25) secara rasmi akan dibatalkan.
Keputusan ini dibuat selepas beberapa penangguhan disebabkan masalah ketika pembikinan Football Manager 25.
Diumumkan di laman rasmi Football Manager, studio itu mengatakan mereka akan menukar fokus kepada permainan seterusnya.
“Kami tahu perkara ini sangat mengecewakan selepas tarikh pelancaran dianjak sebanyak dua kali dan ramai peminat tengah menunggu untuk permainan Football Manager 25,” menurut Sports Interactive.
Football Manager 25 sepatutnya dilancarkan pada musim luruh tahun lepas tetapi dianjak ke Mac ini sebelum dibatalkan terus.
Pembangun FM25 juga memberitahu piawaian tahap FM25 tidak memuaskan dan lebih baik dibatalkan terus sahaja.
Permainan ini juga tidak boleh ditangguh lagi kerana terlalu lewat untuk musim bola sepak seluruh dunia.
Oleh itu, Sports Interactive akan terus memberikan fokus untuk Football Manager 26 seterusnya.
Pelanggan yang sudah pra-tempah Football Manager 25 akan mendapat pulangan wang sepenuhnya dari penjual.

setahun yang lepas