Satu leak baru tentang GTA 6 muncul dalam talian dan peminat berbelah bagi tentang kesahihannya.
Dengan GTA 6 yang masih misteri dan banyak maklumat tentangnya belum diketahui dalam dunia gaming, namun banyak juga dakwaan dan ketirisan muncul. Sebelum trailer rasmi dikeluarkan, ramai berspekulasi tentang jalan cerita dan watak utama.
@gtaleaks2 @community JUST LEAKED GTA 6 😱 #gta #gta6 #gta6leakedfootage #gtaleak ♬ PORSCHE – NXY0TAR0
Klip terbaru di Twitter/X dan TikTok menunjukkan jalan yang mirip kawasan Wynwood di Miami, dengan van yang kelihatan seperti van Amazon Prime. Tapi, logo Prime sebenarnya tertulis Crime, yang merupakan identiti Rockstar.
Ada yang kata klip ini legit, tapi ada juga menganggapnya palsu, mendakwa ia hasil kerja modder menggunakan Unreal Engine.
Kita hanya setahun lagi dari pelancaran, jadi anda boleh jangkakan screenshot dan trailer kedua tidak lama lagi.
Artikel ini diterjemah dari Dexerto. Artikel asal boleh dibaca di SINI.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas