Grand Theft Auto VI akhirnya mempunyai tarikh pelancaran rasmi!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Selepas 12 tahun akhirnya tarikh rasmi pelancaran Grand Theft Auto VI (GTA VI) diumumkan oleh Rockstar Games.

Pada mulanya, GTA VI akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini tetapi kini ditolak ke hadapan iaitu 26 Mei, 2026.

Pengumuman ini dibuat oleh Rockstar Games sendiri di laman web rasmi mereka.

Punca kelewatan GTA VI adalah tidak mengejutkan kerana GTA VI mempunyai skala dan saiz yang lebih besar dari apa yang mereka pernah buat sebelum ini.

Foto: Grand Theft Auto VI

Rockstar sendiri mengatakan mereka memerlukan masa untuk memastikan kualiti yang terbaik untuk permainan mereka.

Maklumat terkini Grand Theft Auto VI akan dikongsikan Rockstar Games dalam masa terdekat ini.

Sejak Disember 2023, hanya tarikh pelancaran dan trailer pertama sahaja dikeluarkan oleh Rockstar Games.

Nampaknya peminat-peminat GTA perlu menunggu setahun lagi.

RELATED NEWS

+