Menteri dalam Parlimen Poland bawa usul bimbang skandal GTA VI ditangguhkan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Keputusan Rockstar Games untuk menangguhkan Grand Theft Auto VI (GTA VI) nyata membuatkan industri permainan video kacau terutamanya para peminat dan dalam kes ini seorang ahli politik dari Poland.

Pada 6 November lepas, Rockstar Games telah mengumumkan GTA VI akan ditangguhkan kepada 19 November tahun hadapan.

Kenyataan ini telah dikongsikan olehj r/T

In the Polish Parliament, one of the MPs spoke about the scandal surrounding the delay of GTA 6’s release date.
byu/Tjudool inGTA6

Ahli politik tersebut bernama Witold Tumanowicz dan merupakan ahli politik pembangkang dari parti KWiN.

“Sebagai kenyataan parlimen saya, I mahu memaklumkan satu perkara yang membimbangkan. Sejam lepas, Rockstar Games mengumumkan pelancaran GTA VI akan ditangguh ke tahun hadapan. Ini adalah skandal besar,” katanya.

Foto: Rockstar Games

“Sejujurnya, jika orang ramai tidak ‘turun padang’ untuk perkara sebegini, saya tidak tahu apa akan jadi,” tambah Witold lagi.

Lebih mengejutkan, seorang lagi ahli parlimen iaitu Pawel Szrot dari Parti Law and Justice juga menyokong dan  menghormati kenyataan ini.

Nampaknya, bahang GTA VI yang akan datang terlalu panas sehingga boleh dijadikan topik di parlimen.

RELATED NEWS

+