Pada 13 April lepas, Hatten Land mengumumkan bahawa mereka akan menjenamakan semula Elements Mall yang terletak di Melaka kepada Element X.
Pusat beli-belah itu akan diubah suai semula menjadi pusat hab e-sukan pertama berskala besar di Asia Tenggara yang mempunyai gerbang Metaverse .
Hab e-sukan itu merangkumi hotel, pusat arena e-sukan dan kemudahan e-sukan yang lain.
Pusat beli-belah itu mempunyai keluasan lantai kasar (GFA) 1.88 juta kaki persegi.
Menurut Hatten Land, ia masih di dalam peringkat perbincangan dengan pelbagai rakan kongsi dalam Metaverse, e-sukan, permainan mudah alih dan industri berkaitan digital.
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah urusan Hatten Land, Dato’ Colin Tan, menyatakan dengan pertumbuhan pesat dan popularitinya, e-sukan sedang membentuk perhubungan baharu di antara sukan, media hiburan, peluang perniagaan dan menarik penonton yang ramai untuk disiarkan di televisyen dan di atas talian.
Apa pandangan anda berkaitan hub e-sukan yang bakal dibuka di Melaka ini?
Foto: theedgesingapore

setahun yang lepas