Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
Walaupun dikenakan nerf baru-baru ini, Luban No.7 masih dianggap hero yang kuat dalam Honor of Kings.
Hero ini juga amat popular dalam kalangan pemain Farm Lane dan mempunyai damage yang sangat konsisten dan tinggi disebabkan pasifnya.
Tetapi sama seperti hero-hero yang lain Luban No.7 sudah semestinya mempunyai kelemahan.
Ini Hero-Hero untuk counter Luban No.7:
1. Consort Yu

Foto: Level Infinite
Consort Yu adalah hero marksman yang selalunya menjadi masalah untuk mana-mana marksman lain.
Ini kerana kuasa keduanya yang membuatkan dirinya kebal dari basic attack dan serangan physical.
2. Li Bai

Foto: Level Infinite
Jungler assassin adalah hero yang membuatkan Luban menghadapi masalah untuk melarikan diri.
Skill Li Bai yang membuatkan dirinya untuk tidak boleh disasar menyebabkan Luban mempunyai kesukaran melawannya.
Anda cuma perlu berhati-hati daripada ditolak oleh kuasa roket Luban.
3. Prince of Lanling

Foto: Level Infinite
Sama seperti Li Bai, assassin adalah cara paling cepat untuk membunuh Luban.
Dia yang berseorangan di lane akan mudah untuk dibunuh oleh Lanling yang mempunyai burst damage sangat tinggi.
Luban yang juga tidak mempunyai skill untuk melarikan diri membuatkan assassin ini mudah menangkapnya.
4. Mai Shiranui

Foto: Level Infinite
Antara hero yang banyak memberi tekanan kepada Luban.
Dia selalunya mempunyai masalah dengan hero yang mempunyai mobiliti yang sangat tinggi.
Damage burst dan kombo Mai Shiranui juga boleh menewaskan Luban dalam sekelip mata sahaja.
5. Yang Jian

Foto: Level Infinite
Yang Jian yang mendapat buff lebih mampu untuk bertahan dengan burst damage daripada Luban.
Dia juga boleh menangkap Luban dari jarak jauh dengan kuasa Divine Spear.
Yang Jian mampu untuk memberikan masa kepada ahli pasukan lain membantu mengalahkan marksman itu.
6. Jing

Foto: Level Infinite
Seperti biasa jungler assassin adalah kelemahan paling ketara buat Luban.
Luban tidak mampu untuk berlari dari kombo penuh Jing yang akan membunuhnya dengan cepat.
Ditambah dengan Ultimate yang membuatkan Jing sukar untuk ditangkap dan apa yang tinggal adalah marksman itu untuk melarikan diri saja.
7. Ukyo Tachibana

Foto: Level Infinite
Ukyo Tachibana adalah hero yang sangat pantas untuk mengenakan damage yang tinggi.
Stun dari Ukyo sudah cukup lama untuk mengenakan kombo seterusnya dengan ultimate yang pedih.
Keupayaan untuk mengeluarkan damage besar dalam masa yang singkat selalunya membuatkan Luban terpaksa larikan diri.
8. Musashi

Foto: Level Infinite
Walaupun Musashi selalunya menggunakan build tank tetapi mobiliti dan ultimate hero ini membuatkan Luban akan sentiasa diserang.
Ultimate Musashi dengan mudah boleh menangkap Luban dari berlari atau menggunakan Flash.
9. Pei

Foto: Level Infinite
Pei adalah assassin burst damage yang sangat peduh sesuai untuk terus mengalahkan Luban.
Kemampuan Pei untuk menyerang mana-mana hero dari jarak selamat dan terus melompat dekat juga akan mengejutkan pemain musuh.
10. Guan Yu

Foto: Level Infinite
Guan Yu adalah hero yang mempunyai mobiliti yang sangat tinggi dengan burst damage yang selalunya mengejutkan orang ramai.
Hero yang jarang digunakan ini sebenarnya boleh terus mendekati Luban dengan pantas dan terus mengenakan damage yang tinggi.
Guan Yu juga dengan mudah boleh mengejar Luban walaupun dia cuba untuk lari.
Hero apa lagi yang anda rasa sesuai untuk menjadi counter kepada Luban No.7?

setahun yang lepas