Bersempena sambutan Merdeka, permainan MOBA mudah alih terkemuka dunia Honor of Kings (HOK) berganding dengan Sony Music Entertainment Malaysia bagi mengetengahkan seni dan warisan tempatan melalui kolaborasi bersama penyanyi, penulis lagu, dan penerbit muzik terkenal, Mimifly.
Artis serba boleh ini kembali dengan single terbaharu berjudul “Nara”, sebuah karya yang menyatukan tradisi dan inovasi. Daripada alunan gamelan hingga pantun rakyat sekali gus mengukuhkan komitmen HOK dalam meraikan budaya Asia Tenggara di pentas antarabangsa.

Dilancarkan pada 15 Ogos, “Nara” diinspirasikan daripada legenda Puteri Gunung Ledang. Lagu ini menampilkan sosok wanita yang bijaksana, strategik, berwibawa, dan berani. Ia digubah sebagai anthem penuh semangat juang.
Mimifly menjelaskan bahawa lagu ini mengangkat simbol ketabahan seorang srikandi, selari dengan naratif Honor of Kings yang memaparkan pahlawan legenda di medan epik. Dengan gabungan pop, hip-hop, dan sentuhan muzik Nusantara, “Nara” menyerlahkan identiti Mimifly sambil memberi mesej kekuatan sebenar datang bukan sekadar daripada tenaga, tetapi juga minda dan hati.
Sebagai sebahagian kempen Merdeka, HOK turut memperkenalkan skin baharu Puteri Gunung Ledang bermula 28 Ogos hingga 9 September, yang boleh ditebus secara percuma.

Rekaan skin ini menampilkan fabrik songket ber-render 3D dan motif visual autentik yang diinspirasikan mitologi Malaysia, bertujuan membangkitkan rasa bangga serta mencipta hubungan emosi antara pemain dengan karakter mereka.
Malah, kempen ini diperkaya dengan cabaran tarian #NARAofHOK di media sosial, menampilkan koreografi Mimifly termasuk gerakan bahasa isyarat sebagai simbol keterangkuman, selain penambahan alih suara dialek tempatan, gelaran terhad, dan pelekat eksklusif dalam permainan.
Menurut Sony Music dan Level Infinite, kerjasama ini membuktikan gabungan muzik, budaya, dan permainan mampu melangkaui hiburan semata-mata, menjadi satu momen identiti bersama. Dengan jutaan pemain aktif di seluruh dunia, “Nara” dijangka bergema melangkaui dunia permainan dan membawa kisah Malaysia ke peringkat global.
Pemain boleh menyertai sambutan ini dengan menebus skin Puteri Gunung Ledang, menonton video muzik rasmi Mimifly, serta menyertai cabaran tarian di media sosial dengan tanda pagar #NARAofHOK, #BangkitHOK, #HOKBOLEH, dan #HonorOfKings.

setahun yang lepas