IKEA di US adakan pertandingan Tekken – Juara dapat perabot gaming terbaru

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

IKEA Atlanta, Georgia di Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengadakan satu pertandingan Tekken yang dibuat terus di dalam IKEA untuk mempromosikan perabot gaming terbaru.

Ini adalah pertandingan Tekken pertama yang dianjurkan untuk cawangan IKEA tersebut dan telah diadakan pada 28 Oktober lepas.

Foto: IKEA Atlanta

Lebih menarik juara pertandingan tersebut juga akan membawa pulang AS$ 429 (RM1,795) set meja dan kerusi Huvudspelare.

Dua belas orang telah menyertai pertandingan ini di bawah organisasi e-sukan tempatan 404esports membantu dalam penyediaan konsol dan monitor.

Foto: IKEA Atlanta

Menurut laporan di Dexerto, pada mulanya mereka mahu mengadakan pertandingan Super Smash Bros tetapi membuat keputusan memilih Tekken.

Seronok apabila dapat melihat pertandingan kecil sebegini dibuat dengan sangat kreatif dan penuh sokongan daripada komuniti.

RELATED NEWS

+