Infinix NOTE 40X 5G mula dijual dengan harga RM849

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infinix hari ini melancarkan Infinix note 40x 5G yang menggabungkan prestasi berkuasa, rekaan cantik dan fungsi-fungsi menarik untuk pengguna yang idamkan telefon pintar di bawah paras harga RM1,000.

Ia didatangkan dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 6300 5G yang digandingkan dengan ARM Mali-G57 MC2 GPU untuk kelancaran grafik dan sokongan API grafik moden sesuai untuk gamers yang boleh menikmati kelajuan rangkaian 5G.

Di bahagian kamera, ia dilengkapi kamera utama 108MP dan 2MP lens makro. Ia membolehkan pengguna untuk merakam momen dengan lebih jelas dan cantik tanpa mengira persekitaran.

NOTE 40X 5G didatangkan dengan 256GB storan dan 24GB RAM serta kapasiti bateri 5,000mAh. Paparan 120Hz FHD+ menawarkan kadar segar semula yang lebih lancar. Dapatkan telefon pintar ini dalam tiga warna iaitu Starlit Black, Palm Blue dan Lime Green.

Berharga RM849 bagi varian 256GB+12GB, ia sudah mula dijual di Stor Rasmi Infinix seperti Lazada, Shopee, TikTok Shop dan menerusi pengedar rasmi Infinix.

RELATED NEWS

+