Google diarah bayar RM1.75 bilion kerana melanggar akta peribadi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Mahkamah Persekutuan California memerintahkan Google untuk membayar AS$425 juta (RM1.75 bilion) ganti rugi.

Lebih 98 juta akaun Gmail terkesan terutamanya mereka yang menggunakan akaun Google yang menutup fungsi “Web & App Activity” di tetapan peribadi mereka.

Orang yang bakal menerima ganti rugi ialah sesiapa sahaja yang berkelayakan diantara tahun Julai 2016 sehingga September 2024.

Foto: Google

Menurut laporan di USC Annenberg Media, plaintif kes ini telah memohon bayaran ganti rugi dinaikkan ke AS$2.36 billion (RM9.75 billion) kerana dengan bayaran ganti rugi sekarang kesemua orang hanya akan mendapat AS$ 4.33 (RM17.88) sahaja.

“Google tidak mahu menukar polisi peribadi dan WAA (Web & App Activity) dan sWAA (supplemental WEb & App Activity) seperti yang dijanjikan. Pengguna kini tidak boleh menghentikan pengumpulan data yang Google lakukan ke atas peranti mereka.” dalam kes mahkamah.

Foto: Google

Hari ini juga Google bakal dikenakan saman baru untuk kes Gemini AI dimana Google secara rahsia mengaktifkan Gemini untuk mengakses Gmail, GChat dan Meet.

Ini membolehkan AI tersebut akses dan mengeksploitasikan maklumat peribadi.

RELATED NEWS

+