Ini senarai penuh juara MEL25 mengikut sembilan kategori dipertandingkan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Liga Esukan Malaysia (MEL25) berjaya melahirkan sembilan juara kebangsaan merentasi sembilan judul permainan. Ia adalah kejohanan esukan terbesar peringkat akar umbi diterajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Peringkat akhir bermula sejak 3 Ogos lalu menyaksikan para pemain merebut nilai hadiah keseluruhan bagi peringkat akhir berjumlah RM192,500.

Ini adalah senarai pemenang:

  • eFootball Mobile: WPS DERHAKA (Muhammad Hafiz Bin Norhadi)
  • PUBG Mobile: Sentry Symphony Esport
  • Free Fire: Maqna Esports Club
  • Mobile Legends: Bang Bang (MLBB): ARCADE ESPORTS MY
  • Tekken 8: MYPRO ZABA (Muhammad Zarif Aiman Bin Aris)
  • Street Fighter 6: IamChuan (Quah Ban Chuan)
  • King of Fighters XV: IamChuan (Quah Ban Chuan)
  • Gran Turismo 7: DannyR_3967 (Dhanesh Wigneswaran)
  • Honor of Kings: FY GAMING

Transformasi format MEL25 pada tahun ini menjadi tumpuan utama apabila buat pertama kali, kejohanan ini menggabungkan sistem carta pendahulu kebangsaan (national leaderboard) yang mengumpulkan mata prestasi pemain sepanjang musim bermula Januari hingga Ogos.

Melalui integrasi dengan siri MyLeague MESF dan kejohanan negeri MEL State Open, para peserta dapat mengumpul mata dari pelbagai pertandingan, sekali gus mewujudkan laluan yang lebih adil dan telus untuk melangkah ke peringkat akhir.

Berbeza dengan edisi-edisi terdahulu yang hanya memilih wakil negeri sebagai finalis, format baharu ini berjaya memperkukuh ekosistem akar umbi dengan memberi ruang kepada lebih ramai bakat untuk menyerlah dan membuktikan kemampuan mereka sepanjang musim.

Pendekatan ini bukan sahaja menambah baik format kejohanan, malah memudahkan proses mengesan bakat-bakat berpotensi besar untuk mewakili negara di sukan temasya seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.
Kejayaan MEL25 telah mengukuhkan peranannya sebagai platform kompetitif di peringkat akar umbi negara selari dengan usaha kerajaan dan rakan strategik untuk membuka akses esukan kepada lebih ramai bakat muda tempatan serta memacu industri esukan Malaysia ke peringkat lebih profesional dan mampan.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah berlangsung di ESI Hub, Spacerubix, Puchong dengan kehadiran Afiq Fadhli Narawi, Timbalan Presiden Malaysia Esports Federation (MESF), Qistina Iman Abd Manaf, Penolong Naib Presiden Kanan Esports Integrated dan wakil-wakil penerbit permainan yang dipertandingkan.

RELATED NEWS

+