Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
Penangan populariti IShowSpeed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. nyata membuatkan segenap Kuala Lumpur ‘kecoh’ dan ‘happening’ semalam apabila dia buat pertama kalinya mengadakan IRL stream di ibu kota itu.
Antara lokasi menarik dilawatinya adalah Suria KLCC, Aquaria, Jalan Alor dan paling baru dibuka adalah restoran milik Uncle Roger (Nigel Ng) di Pavilion Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu ramai peminat yang mengerumuni Speed sehingga keadaan jadi tidak terkawal, pihak pengurusan restoran terpaksa menutup operasi pada semalam.
Bukan itu saja, pelanggan restoran yang sudah pun memesan makanan tidak dapat menikmati hidangan mereka dengan tenang namun ada juga yang sempat berseloroh dan merekodkan momen Speed memasuki restoran itu.
IShowSpeed yang baru saja berusia 19 tahun berjaya menjadi fenomena di Internet menerusi penstriman yang memfokuskan permainan video dan perangainya yang dikatakan dramatik dan selalu buat perkara bukan-bukan.
@mrnigelng IShowSpeed came to eat at the restaurant – Fry rice 9/10 Backflip 10/10 @IShowSpeed ♬ original sound – Nigel Ng (Uncle Roger)
Sumber rujukan dan foto: SEISMIK

setahun yang lepas