Isu SRG vs SYS: Siasatan sedang giat dijalankan, SYS dikenakan penalti

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Isu yang melanda dunia e-sukan MLBB sekarang ini sedang hangat berlaku antara Selangor Red Giants dan See You Soon dari Kemboja.

Dalam perlawanan semalam peringkat kumpulan MSC 2024 semalam, SYS dikhabarkan mahu melakukan remake kerana tersilap memilih hero pada game pertama. Namun dari pemerhatian di siaran langsung, kesalahan ini disebabkan mereka gagal memilih hero dalam masa diberikan.

Di bawah adalah jawapan dari Jawatankuasa MSC 2024.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Antara intipati mengenaai siasatan yang sedang berlangsung itu:

“Semasa fasa draf untuk Pusingan Petama, dua hero terakhir See You Soon adalah bukan yang telah dipilih, yang menyebabkan pasukan tersebut segera melaporkan perkara ini kepada pihak Pengadil.

“Oleh yang demikian, pemilihan draf telah dilakukan semula dan diteruskan bermula pemilihan hero kedua terakhir seiring dengan Peraturan 6.4.4 Peraturan Rasmi MSC2024 :

“Sekiranya terdapat pemilihan (pick) atau pembuangan (ban) Hero yang tidak disengajakan, pasukan yang melakukan ralat itu harus memaklumkan kepada pengadil mengenai pemilihan atau pembuangan hero yang dimaksudkan dalam masa 3 saat dan sebelum pasukan lain mengunci pemilihan hero seterusnya. Jika demikian, proses akan dimulakan semula dan dibawa kembali ke titik di mana ralat berlaku supaya pasukan yang melakukan kesilapan boleh memperbetulkan kesilapannya,”

Namun, tidak dinyatakan apakah jenis penaliti diberikan kepada pasukan Kemboja ini.

Difahamkan, Jawatankuasa MSC sudah membuka siasatan terhadap perlawanan ini. 

RELATED NEWS

+