Todak dalam fasa rombakan besar-besaran, tetapkan sasaran baru untuk MLBB

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Selepas keluarnya Saiful, Kuja dan Ashi daripada organisasi e-sukan Todak, mereka kini memfokuskan membaik pulih skuad Todak MLBB dengan kadar segera.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Todak Gaming (@todakgamingofficial)

Danial Aizat atau Abang Lord selaku Pengurus Kelab Sukan Elektronik Todak mengatakan pencarian jurulatih dan pengurus baru kini sedang giat dilaksanakan.

“Selepas ketiadaan Ashi, Kuja dan Saiful, kami akan fokus untuk baik pulih skuad ini dengan kadar segera. Kami akan melantik pengurus dan jurulatih baharu manakala semua pemain tempatan termasuk yang dipinjamkan akan dipanggil balik untuk ‘try out’.

“Jurulatih baru akan menentukan pemain tempatan mana akan kekal dan mana akan keluar. Kalau pemain import, jurulatih ini juga akan pilih. Kami ingin menjadi pencabar terkuat SRG dan kembalikan zaman Todak di arena antarabangsa,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Abang Lord juga menetapkan sasaran baru bagi skuad ini iaitu melayakkan diri ke kejohanan dunia, M7.

Sebelum ini, Todak dikenali dengan gaya mereka yang tersendiri. Todak bereksperimentasi dengan pelbagai lineup dari full local sehinggalah penambahan pemain import. Namun, strategi ini tidak begitu membuahkan hasil apabila Todak seringkali gagal untuk konsisten dan merebut gelaran top 2 di liga.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Musim ini menyaksikan kemerosotan paling ketara apabila mereka kini di ambang kegagalan untuk tidak layak ke playoffs. Todak mengambil dua pemain import, Gilbert Goa (Gebe) dan Muhammad Raffi Hakim (Magma) yang dipinjamkan daripada Alter Ego.

RELATED NEWS

+