Jom ramai-ramai sambut ulangtahun ke-20 MapleStorySEA di Sunway Pyramid pada 18 hingga 20 Julai!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Siapa sangka, game 2D side-scrolling yang popular dan penuh nostalgia, MapleStorySEA kini sudah berusia 20 tahun! Sempena sambutan ulangtahun ini, mereka akan menganjurkan acara selama tiga hari bagi menyambut legasi dan memberi penghargaan kepada komuniti.

Acara ini akan dipenuhi dengan dekorasi bertema maskot dan kenangan manis bermain MapleStorySEA bersama kawan-kawan dalam talian pada suatu ketika dulu.

Yang paling istimewanya kali ini, korang boleh siap sedia sebab MapleStorySEA akan kembali dengan penjualan barangan fizikal selepas sekian lama! 

 

Lokasi: Sunway Pyramid (Blue Concourse)

Tarikh: 18 Julai (1PM – 9PM), 19 Julai & 20 Julai (10AM – 9PM)

Tarikan: Barangan Eksklusif, Pengalaman Peminat Penuh Nostalgia, Booth Interaktif, Zon Bergambar Bertema, Sesi Bertemu Maskot MapleStorySEA

Bagi info lanjut, korang boleh melayari PAUTAN ini. Jangan lupa hadir juga pada esok dan Ahad! Terdapat banyak aktiviti boleh disertai kalau korang datang beramai-ramai ke acara ini!

Setiap pengunjung akan diberikan kad misi untuk korang selesaikan dan berpeluang menang item dalam permainan ataupun barangan fizikal.

Bukan itu saja, ada tarikan istimewa macam ballpit, permainan di atas pentas, booth mewarna dan banyak lagi korang boleh enjoy bersama kawan-kawan.

Tapi kalau korang spend dekat RSVP pack, korang berpeluang menyertai sesi cabutan bertuah tau! Selain itu, bagi korang yang ingin berbelanja di acara ini, korang boleh membeli barangan eksklusif ataupun sertai permainan karnival yang ada:

Henesys Critical Shot 

Cara bermain:
● Gunakan 5 anak panah untuk memanah sasaran raksasa pada silinder berpusing.
x● Pemarkahan: Golem = 4 mata, Cendawan = 3 mata, Babi Riben = 2 mata, Siput = 1 mata.

Ellinia Arcane Overdrive

Cara bermain:
● Permainan ketepatan masa. Anda perlu hentikan pemasa tepat pada 20 saat.

Perion Slash Blast

Cara bermain:
● Permainan refleks klasik. Pukul sebanyak mungkin raksasa dalam masa yang ditetapkan.

Nautilus Bullet Time

 

Cara bermain:
● Permainan refleks klasik. pukul sebanyak mungkin raksasa dalam masa yang ditetapkan.

Jadi apa tunggu lagi, jomlah ajak kawan-kawan korang datang Sunway Pyramid dan nikmati nostalgia main MapleStorySEA!

Jangan lupa follow mereka untuk maklumat lanjut dan live update untuk acara berlangsung:

RELATED NEWS

+