Artikel ini ditaja oleh MapleStorySEA.
MapleStorySEA bakal mengadakan acara khas pertama di Malaysia menerusi “Spooktacular Halloween Night” yang akan berlangsung pada 31 Oktober 2025 di Spacerubix, Puchong.
Acara ini menggabungkan elemen seram dan comel sempena Halloween dengan pelancaran pameran eksklusif MapleStorySEA ASSEMBLE Showcase, pertama kali diadakan secara luar talian untuk pemain tempatan.
Menurut Stephanie, Pengarah Projek MapleStorySEA, acara ini menandakan kali pertama pameran kemaskini besar MapleStorySEA dibawa secara langsung ke Malaysia.
“Kami mahu mencipta pengalaman berbeza di mana komuniti boleh berkumpul, meraikan dan menjadi yang pertama menyaksikan detik baharu MapleSEA bersama,” katanya.
Pelbagai aktiviti bertemakan Halloween
Kemuncak acara ini pastinya MapleStorySEA ASSEMBLE Showcase, di mana peminat berpeluang menyaksikan kemas kini terbaru dan memahami dengan lebih mendalam ciri-ciri baharu serta penambahbaikan permainan ini.
Sepanjang malam, peminat akan menikmati pelbagai aktiviti bertemakan Halloween seperti pertandingan kostum (klik di sini untuk daftar), fotobooth dan permainan mini.
Anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menampilkan koleksi eksklusif bertemakan MapleStorySEA serta peralatan gaming premium tajaan MSI Malaysia.

Turut disediakan zon permainan PC untuk cabaran 3v3 melawan bos serta hidangan ringan halal bertema Halloween.
Bagi anda yang tidak dapat hadir, jangan risau sebab MapleStorySEA ASSEMBLE Showcase akan disiarkan secara langsung di YouTube.
Jangan lupa untuk save link ini dan tonton siaran langsung.
Tak sabar untuk rasai pengalaman istimewa ini? RSVP sekarang sebab tiket adalah sangat terhad
Setiap tiket berharga SGD20 (RM65.30) termasuk tag pergelangan tangan, penyertaan cabutan bertuah, beg cenderamata Halloween serta akses ke hidangan bertema seram.
Klik DI SINI untuk RSVP sekarang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi MapleStorySEA atau ikuti mereka di laman Facebook, Instagram dan TikTok.

setahun yang lepas