Juara Pingat Emas Olimpik dan pemain game gacha Love and Deepspace terima habuan 1 juta diamonds

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Luo Shifang adalah pemegang pingat emas untuk acara angkat berat Olimpik Paris 2024.

Dia berjaya memecahkan rekod Olimpik untuk 59kg angkat berat, 134kg clean and jerk, dan 107kg snatch.

Olimpik Paris 2024

Lebih menarik Luo Shifang juga adalah pemain dan peminat tegar permainan video gacha Love and Deepspace.

Love and Deepspace adalah permainan video gacha di mana anda adalah seorang heroine mendapat satu kuasa bersama-sama krew yang membunuh Wanderers (raksasa).

Di samping itu permainan ini juga memberi anda fokus untuk berinteraksi dengan karakter kegemaran anda.

Image

Image

Disebabkan dia mengharumkan nama negara dan Love and Deepspace juga game dari China, InFold Pte. Ltd. menghadiahkan hadiah yang sangat-sangat bermakna buat Luo Shifang.

Dia diberi hadiah 1 juta Diamonds, Aurum Pass seumur hidup (battlepass untuk Love and Deepspace) dan hadiah barang-barangan Love and Deepspace!

Untuk pengetahuan 1 juta Diamonds di Love and Deepspace adalah bersamaan dengan RM60 ribu!

Sebagai pemenang pingat emas dia juga mendapat hadiah wang tunai daripada kerajaan China iaitu AS$768 ribu (RM 3.41 juta).

Siapa sangka jika anda pemenang pingat emas anda akan mendapat diamonds sebanyak itu untuk permainan video gacha.

Ini baru level-level sultan.

RELATED NEWS

+