Berita baik untuk peminat Sylus dalam Love and Deepspace kerana Infold Games akan menawarkan memori lima bintang Sylus secara percuma kepada pemain.
View this post on Instagram
Anda hanya perlu log masuk dari 12 Mac hingga 27 Mac ini dan tebus memori Magnum Opus itu pada hari ketujuh.
Jika anda log masuk secara keseluruhan 15 hari, anda akan menerima sebanyak 2,000 Diamonds, 10 Empyrean Wish, 5,000 Chocolate, 2,000 stamina dan material untuk meningkatkan kekuatan karakter secara percuma.
Tapi anda mesti tertanya-tanya.. kenapa terlalu banyak ganjaran percuma kepada pemain dalam masa 15 hari? Terdapat teori mengatakan Infold bersiap sedia untuk melancarkan multi-banner seterusnya ataupun mungkin banner Myth baharu.
Pemain free-to-play terutamanya mempunyai waktu yang cukup panjang untuk mengumpul diamonds bagi menghadapi banner seterusnya ini dijangka bermula pada awal April.

setahun yang lepas