Kajian ini dibuat ke atas sejumlah 2,000 kanak-kanak yang bermain permainan video selama tiga jam sehari mempunyai prestasi lebih baik dalam prestasi kognitif mereka.
Ujian yang dibuat adalah termasuk kawalan rangsangan dan memori bekerja terhadap kanak-kanak yang tidak bermain permainan video.

Kajian ini dikeluarkan oleh Pembangunan Kognitif Minda Remaja (ABCD) dan disokong oleh Institut Nasional Penyalahgunaan Dadah (NIDA) dan beberapa perbadanan kesihatan nasional yang lain.

Kajian di University of Vermont mengambil data dari kanak-kanak berusia 9 dan 10 tahun.
Unit kajian kemudian mengagihkan mereka kepada dua kategori iaitu yang bermain permainan video lebih tiga jam sehari dan tidak bermain permainan video.
Kanak-kanak itu kemudian diberi beberapa tugasan kognitif minda.
Penyelidik mendapati kanak-kanak yang bermain permainan video lebih cepat dan lebih tepat dalam menghabiskan tugasan kognitif minda.
MRI juga menunjukkan kanak-kanak yang bermain permainan video mempunyai aktiviti minda yang lebih tinggi di bahagian otak untuk perhatian dan memori.
“Kami tidak dapat mengatakan permain permainan video dengan kerap menjadi punca prestasi kognitif neuro. Kami masih perlu meneruskan penyiasatan apabila mereka lebih memasuki remaja nanti,” kata Bader Chaarani Ph.D Profesor Pembantu Psikiatrik University of Vermont.
Rujukan: National Institutes of Health (NIH)

setahun yang lepas