Varmilo syarikat yang menjual pelbagai jenis keyboard (papan kekunci) baru-baru ini melancarkan Foot Keyboard.
Keyboard ini direka khas untuk digunakan dengan kaki.
Anda boleh mengubah beberapa key kepada butang di kaki dan mempunyai tiga atau empat butang mengikut versi yang anda beli.

Butang kekunci yang digunakan ialah Cherry MX Silent Black yang memerlukan 60g-85g tekanan untuk menekannya. Unit itu sendiri mempunyai berat 1kg untuk memastikan ia sentiasa berada setempat.
Tambahan lagi, keyboard ini mempunyai 1000 Hz polling rate dengan sambungan 2.4 Ghz. Anda juga boleh menggunakan bluetooth atau sambungan wayar terus ke PC.
Foot Keyboard ini berharga RM386 di laman rasmi Varmilo.
Mungkin inilah cara terbaik untuk memastikan anda dapat menekan butang yang susah ditekan dengan leibh efisyen.

setahun yang lepas