Pearl Abyss mengumumkan kemas kini utama untuk Black Desert Mobile yang memperkenalkan bab baharu dalam pengembaraan Land of the Morning Light, kali ini membawa pemain ke wilayah mistik Hwanghae, Korea Selatan.
Lokasi ikonik seperti Istana Gyeongbokgung dan Pintu Gerbang Gwanghwamun direka semula secara terperinci, membolehkan pemain alami sendiri suasana penuh budaya dan mitos Korea dalam penamat epik jalan cerita Land of the Morning Light.
Kemunculan empat koleksi kisah baharu yang diinspirasikan dari legenda Korea termasuk Chunhyang, Samsin, Bulgasal dan Uturi turut disertakan bersama cabaran bos hebat dalam kandungan Black Shrine. Buat pertama kali, pemain juga boleh bertukar watak semasa pertempuran menggunakan sistem Tag, menjadikan strategi dan taktik lebih penting di peringkat tinggi.
Selain itu, sistem Arena diperbaharui sepenuhnya dengan Martial God Tournament yang menawarkan mod PvP 1v1 dan 2v2, lengkap dengan ganjaran dan sistem ranking.
Kelas baharu, Seonin, kini boleh dimainkan. Menggabungkan kuasa lima elemen iaitu Kayu, Api, Tanah, Logam dan Air, Seonin membawa gaya permainan unik dan seimbang untuk PvE dan PvP. Dengan senjata Enlightened Blade dan kemahiran seperti Nail Down, Seonin boleh menyerang dari udara dan memanggil Iron Tiger.
Untuk maklumat lanjut serta hadiah langganan acara musim panas yang berlangsung hingga 19 Ogos, layari laman rasmi Black Desert Mobile.

setahun yang lepas