Bermula hari ini, kemaskini 44 The Elder Scrolls Online tersedia secara percuma di konsol Xbox One, Xbox Series X|S, PlayStation 4 dan PlayStation 5."> Bermula hari ini, kemaskini 44 The Elder Scrolls Online tersedia secara percuma di konsol Xbox One, Xbox Series X|S, PlayStation 4 dan PlayStation 5." /> Bermula hari ini, kemaskini 44 The Elder Scrolls Online tersedia secara percuma di konsol Xbox One, Xbox Series X|S, PlayStation 4 dan PlayStation 5." />

Kemaskini 44 The Elder Scrolls Online kini dilancarkan di konsol dengan mod PVP baharu

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Bermula hari ini, kemaskini 44 The Elder Scrolls Online tersedia secara percuma di konsol Xbox One, Xbox Series X|S, PlayStation 4 dan PlayStation 5. 

Kemaskini terbaharu ini memperkenalkan siri penambahbaikan dan penambahan pada The Elder Scrolls Online termasuk kemaskini mod PvP Medan Perang dan memperkenalkan dua Peneman baharu.

Sebagai kemaskini permainan asas, ia kini tersedia di konsol Xbox dan PlayStation, berikutan pelancarannya untuk PC/Mac pada 28 Ogos. Butiran lanjut mengenai perkara yang ditampilkan dalam kemaskini ini boleh ditemui di bawah.

Ia memperkenalkan perubahan besar pada pertempuran pantas di Medan Perang PvP ESO. Dalam update ini, Medan Perang beralih ke perlawanan PvP dua pihak, berbanding tiga pihak seperti biasa. Semasa pelancarannya, terdapat dua jenis utama dalam perlawanan Medan Perang:

  • 4v4—mod kompetitif antara dua pasukan terdiri daripada empat pemain
  • 8v8—mod standard yang menampilkan tambahan kuasa dan dua pasukan terdiri daripada lapan pemain

Mod permainan tradisional 4v4v4 tidak lagi tersedia untuk barisan; bagaimanapun, ia boleh kembali untuk masa terhad kelak semasa acara PvP mini khas. Format dua pihak baharu ini turut menyertakan tujuh peta serba baharu yang membolehkan anda memerangi rakan pemain anda.

Mereka turut memperkenalkan dua Peneman terbaru ke ESO: Tanlorin dan Zerith-var.

Tanlorin, pahlawan High Elf yang menyatukan Sakti Jiwa dengan kebolehan Sateria Naga manakala Zerith-var, pengikut setia Khajiit menggunakan kuasa Necromancy.

Semasa pelancarannya, anda boleh memperoleh kedua-dua sekutu baharu itu secara percuma dengan keahlian aktif ESO Plus atau membelinya dengan mahkota dari Gedung Mahkota dalam permainan.

Foto: The Elder Scrolls Online


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+