Walaupun anda bukan pemain Magic: The Gathering (MTG), anda pasti akan mendengar kolaborasi dengan francais permainan video yang lain seperti Fallout, Tomb Raider dan Assassin’s Creed.
Harini kita akan melihat set Final Fantasy pertama yang akan diperkenalkan.
Empat deck baru akan diperkenalkan iaitu deck Terra Revival Trance dari FFVI, deck Cloud Strife Limit Break dari FFVII, Tidus Counter Blitz dari FFX dan Y’shtola Scions & Spellcraft dari FFXIV.
Terra Revival Trance

Foto: IGN/Wizards of the Coast

Deck ini akan memberi fokus kepada reanimator dimana Terra akan menjadi enjin untuk anda mengeluarkan creature yang mempunyai power 3 ke bawah dari graveyard ke battlefield.
Cloud Strife Limit Break

Foto: IGN/Wizards of the Coast
Deck Cloud Strife akan memberi fokus kepada equipment dan kad-kad yang membantu untuk menjadikan power lebih tinggi bagi mendapat kelebihan.

Tidus Counter Blitz

Foto: IGN/Wizards of the Coast
Deck Tidus adalah deck yang memberi fokus kepada counters (+1/+1) dan sebagainya.

Y’shtola Scions & Spellcraft

Foto: IGN/Wizards of the Coast
Deck Y’shtola pula memberi fokus kepada kad-kad bukan creature untuk mengenakan damage terus kepada lawan.
Kolaborasi ini akan bermula pada 13 Jun tahun ini dimana kesemua 16 penceritaan Final Fantasy akan hadir ke Magic: The Gathering.

Foto: Wizards of the Coast
Set Final Fantasy ini juga boleh digunakan untuk format Standard.
Nantikan pengumuman seterusnya dari Wizards of the Coast.

setahun yang lepas