Sejak keluarnya set AS$1,000 (RM3,918) ulang tahun ke-30 Magic: The Gathering (MTG) dan lambakan set kolaborasi — beberapa tahun ini MTG telah membuatkan Hasbro sentiasa mengeluarkan pelbagai jenis set baharu dalam masa yang paling singkat.
Melalui GoLocalProv, difailkan di Mahkamah Amerika Syarikat Cawangan Rhode Island satu saman dengan 76 muka surat telah dikeluarkan.
Beberapa kumpulan pelabur telah mendakwa Ketua Pegawai Esekutif Hasbro, Chris Cocks, bekas president Wizards of the Coast Cynthia Williams dan beberapa esekutif syarikat telah melanggar tugas sebagai pemegang amanah dengan merendahkan nilai jenama Magic dan kerisauan pelabur mengenai akibat mencetak terlalu banyak kad dan set.

Foto: Wizards of the Coast
Menurut laporan di PCGamer, pada tahun 2022, Bank of Amerika mengeluarkan laporan mengenai Hasbro yang mengeluarkan kad Magic yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kehancuran nilai jangka masa panjang jenama ini.
Akibatnya, plaintif mengatakan esekutif Hasbro menjadi “punca” syarikat mereka perlu membeli semula saham mereka pada nilai yang lebih tinggi.

Foto: Wizards of the Coast
Hasbro sendiri telah membeli 1.4 juta unit saham mereka semula dengan harga AS$125 juta (RM490 juta) pada April 2022 sehingga Julai 2022 sekaligus membuatkan nilai saham itu lebih tinggi setelah mengeluarkan lebih banyak set Magic baharu.
Selama ini, Hasbro telah mengekalkan cara set baru Magic hendaklah dicetak untuk mencapai kehendak pengguna tetapi perkara ini dikatakan tidak betul dan mengelirukan.
“Strategi Hasbro dari segi pencetakan kad Magic tidak difikir dengan lebih mendapat, tidak sama seperti yang ditunjukkan,” menurut pemfailan saman ini.

Foto: Wizards of the Coast
Laporan di IGN juga mengatakan dalam pemfailan saman tersebut, persepsi permintaan tinggi juga telah dibuat untuk set kontroversi AS$1,000 (RM3,918) ulang tahun ke-30 Magic: The Gathering. Dalam hanya sejam sahaja Wizards of the Coast mengatakan penjualan kini sudah habis dibeli. Ini adalah cubaan menunjukkan walaupun set itu mahal, pemain MTG masih membelinya.
Saman itu mengatakan ini hanyalah pengumuman yang dibuat atas keputusan pengurusan Hasbro yang memberhentikan penjualan set itu kerana terlalu banyak persepsi negatif.
Antara set baharu yang akan datang tidak lama lagi adalah set Teenage Mutant Ninja Turtles pada bulan Macset Secrets of Strixhaven pada bulan April dan set Marvels Super Heroes pada bulan Jun ini.
Ramai pemain MTG merasakan TCG ini memaksa mereka untuk sentiasa membeli set baharu seperti set kolaborasi Universes Beyond yang telah ditambah di atas set original asli MTG.

setahun yang lepas