Konsert Orkestra Demon Slayer bakal gegarkan KLCC – Akan datang September ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) akan membawa konsert orkestra Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba akan datang ke Malaysia tidak lama lagi.

Menurut MPO, lagu-lagu  yang akan dipersembahkan adalah pada musim pertama Demon Slayer dari Unwavering Resolve Arc.

Orkestra ini akan diketuai oleh konduktor Emily Marshall dan babak-babak penting dari anime itu akan ditayangkan seiring dengan lagu yang dimainkan.

Foto: MPO

Karya konsert ini dihasilkan oleh GEA Live dan RoadCo Entertainment dengan kerjasama Aniplex dari Amerika Syarikat.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba telah menjadi fenomena besar buat peminat anime dan juga pernah memenangi anugerah di Tokyo Anime Awards, Crynchyroll Anime Awards dan Funimation’s.

Foto: MPO

Konsert orkestra ini akan dibuat selama tiga hari iaitu 19 dan 20 September pada pukul 8 malam dan 21 September pada pukul 3 petang.

Acara ini akan dibuat secara langsung di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC.

Lagu Demon Slayer manakah yang bakal menjadi tumpuan nanti?

Harga Tiket:

RM298 | RM388 | RM478 | RM558

Suite: RM608/tempat duduk & RM648/tempat duduk (Termasuk kudapan ringan)

Tiket boleh dibeli di laman rasmi MPO atau laman rasmi Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba In Concert.

  • 10% potongan buat pemegang MyKad (Kod: MYKAD10)
  • 15% potongan buat warga emas (Kod SENIOR15)

       Diskaun perlu diletakkan ketika bayaran bersama kad pengenalan yang sah

RELATED NEWS

+