11 Anime untuk orang yang baru tengok anime

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Anime kini adalah salah satu media hiburan paling terkenal dalam dunia dan anime baru sentiasa akan muncul setiap tahun untuk anda tonton.

Dari cerita yang panjang sehingga siri yang pendek banyak sebenarnya anime yang sesuai untuk orang yang mahu berjinak dengan anime.

Ada anime yang sedikit sukar untuk difahami tetapi beberapa anime ini pasti akan menarik minat anda untuk melihat banyak lagi anime yang ada.

Ini 10 Anime untuk orang yang baru tengok anime:

1.Mob Psycho 100

Foto: Bones

Mob Psycho 100 adalah anime yang sesuai untuk mula dalam dunia anime.

Siri ini memberi fokus kepada Mob yang mempunyai kuasa psikik yang sangat kuat tetapi dia hanya mahu hidup secara normal.

Tetapi dia bersama-sama mentornya Reigen (yang merupakan seorang penipu) berlawan dengan banyak roh jahat dan orang berkuasa psikik yang lain.

2.One Punch Man

Foto: Madhouse

Daripada pencipta yang sama dengan Mob Psycho 100, One Punch Man adalah siri yang sesuai orang yang sukakan aksi dan komedi.

One Punch Man menceritakan Saitama seorang lelaki yang telah berjaya melatih badannya untuk menjadi terlalu kuat sehingga dia bosan dengan kehidupannya.

Apa yang dia mahu hanya musuh yang boleh berlawan dengannya.

3.Hunter x Hunter (2011)

Foto: Madhouse

Hunter x Hunter adalah siri shonen yang disukai ramai.

Menceritakan Gon seorang budak lelaki yang mahu mengikut langkah ayahnyauntuk menjadi seorang Hunter berjaya.

Dalam Hunter x Hunter terdapat banyak karakter dan penceritaan yang sentiasa akan membuat anda menyukai pengembaraan Gon.

4.Odd Taxi

Foto: OLM, P.I.C.S

Odd Taxi adalah anime yang menceritakan seekor Walrus yang bekerja sebagai pemandu teksi.

Dia sentiasa secara kebetulan berada di dalam konspirasi banyak jenayah yakuza yang berlaku di tempatnya.

Odd Taxi mempunyai animasi penuh warna, musik yang hebat dan karakter-karakter yang menarik.

5.Bocchi The Rock!

Foto: CloverWorks

Anime ini menjadi satu anime yang mengeksplorasi masalah gangguan kecemasan sosial untuk Bocchi.

Bocchi menunjukkan komedi, penceritaan seseorang yang mahu menjadi bintang band terhebat.

6. Demon Slayer (Kimetsu No Yaiba)

Foto: ufotable

Demon Slayer atau Kimetsu no Yaiba adalah anime shonen yang mudah untuk difahami.

Dengan animasi yang sangat cantik penceritaan shonen yang sesuai untuk orang yang baru melihat anime

Demon Slayer menceritakan Kamado Tanjirou yang kehilangan kesemua ahli keluarganya apabila dibunuh oleh Demon.

Adik perempuannya pula telah disumpah menjadi seekor demon.

Tanjirou kini menyertai Demon Slayer Corps untuk berlawan dengan demon sambil mencari cara untuk mengembalikan adiknya menjadi manusia semula.

7.Nichijou

Foto: Kyoto Animation

Nichijou adalah anime komedi menceritakan tiga rakan dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam Nichijou perkara yang normal sentiasa akan menjadi tidak normal.

Hanya berjalan ke sekolah boleh menjadi sesuatu yang tidak masuk akal.

8.Cowboy Bebop

Foto: Sunrise

Antara anime orang baru paling popular, Cowboy Bebop sangat ikonik dalam dunia anime.

Menceritakan dunia futuristik di Wild West yang mengabungkan karakter yang tidak sekepala bersama-sama dalam pengembaraan serata angkasa lepas.

Cowboy Bebop dikenali sebagai anime dengan karakter kompleks, plot yang menarik dan musik lagenda.

Hanya 26 Episod untuk Cowboy Bebop

9.Re:Zero Starting Life in Another World

Foto: White Fox

Pengenalan isekai baik untuk orang baru dalam dunia anime.

Re:Zero menceritakan Subaru yang tiba-tiba berada di dunia lain tetapi daripada mendapat kuasa overpowered, dia mendapat kuasa untuk kembali ke masa lepas setiap kali dia mati.

Re:Zero akan mempunyai penuh drama dan banyak putaran plot yang sentiasa membuat anda tertanya-tanya.

10. Anime BIG 3 (Naruto, One Piece & Bleach)

Foto: Shonen Jump

Tiga anime ini pasti akan menarik minat anda lagi untuk dunia anime shonen.

Naruto, One Piece dan Bleach telah menjadi antara 3 anime terbesar yang patut ditonton oleh semua orang walaupun sekali.

Naruto dengan dunia ninja menarik, One Piece dengan dunia lanun dan Bleach dunia roh Shinigami.

11. Fullmetal Alchemist Brotherhood

Foto: Bones

Fullmetal Alchemist Brotherhood juga sesuai untuk orang yang merasakan dia mahu anime yang sedikit serius.

Menceritakan adik beradik Edward dan Alphonse Elric yang telah kehilangan anggota badan mereka kerana cuba menghidupkan ibu mereka yang telah mati.

Edward dan Alphonse kini dalam pengembaraan untuk mencari Philosopher’s Stone bagi mendapatkan badan mereka semula.

Anime apa lagi yang sesuai untuk orang yang baru menonton anime?

RELATED NEWS

+