Korea Utara buka kafe siber pertama mereka

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Korea Utara akhirnya membuka kafe siber mereka yang pertama.

Menurut laporan dari Kyodo News, Call of Duty dan Counter-Strike kini menjadi permainan video yang sangat popular di Pyongyang.

Tetapi kafe siber ini akan mempunyai akses rangkaian yang tertutup di mana pelanggan hanya boleh bermain bersama-sama dalam satu LAN sahaja.

Permainan video yang dibenarkan juga hanya yang berasal daripada China.

SAYS.com

Foto: Darius Tran (YouTube)

Kafe siber ini sebenarnya dibuka pada Ogos lepas di kawasan Hwasong dan selalu dilawati oleh pelanggan lelaki berumur 20-an dan 30-an.

Tambahan dari Choson Sinbo, kafe siber ini berharga AS$2 (RM8) sejam.

Terdapat juga FIFA di kafe siber itu tetapi ia dari versi lama 10 tahun yang lepas.

Kawalan dan peraturan ketat masih ada

Pelanggan hanya boleh bermain sesama sendiri di rangkaian LAN dan hanya di kafe siber itu sahaja.

Mereka tidak dibenarkan menggunakan Internet untuk menghubungi pemain luar negara.

Foto: Darius Tran (YouTube)

Tambahan lagi, pemain tidak boleh menggunakan nama gamer yang tidak berbunyi seperti rakyat Korea Utara.

Pelanggan juga tidak dibenarkan mengambil gambar, merokok dan berjudi.

RELATED NEWS

+