Juara Honor of Kings Invitational Midseason, KPL Dream Team tidak akan bertanding di HOK Championship yang bakal diadakan di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober ini.
Menurut satu pengumuman semalam, hanya LGD Gaming MY selaku naib juara MidSeason Invitational (EWC) akan mendapat slot bertanding terus di kejohanan dunia itu.
Ini kerana KPL Dream Team perlu bertanding dalam kejohanan King Pro League Grand Finals musim panas yang kebetulan jatuh pada tarikh dekat dengan HOK Championship jadi slot itu akan diberikan kepada pemenang Championship Qualifiers.
View this post on Instagram
Nampaknya LGD Gaming MY mempunyai peluang cerah untuk mendominasi dan membuktikan mereka adalah pasukan terbaik HOK di peringkat antarabangsa pada kejohanan ini nanti.
Buat masa ini, masih belum ada pengumuman tarikh penganjuran HOK Championship di Indonesia.
Foto: Esports World Cup

setahun yang lepas