Syarikat disebalik Honor of Kings (HoK), Tencent, telah mengongsikan data mereka telah memecah rekod baharu.
Berdasarkan laporan di CGTN, Daily Active Users (DAU) server China menunjukkan HoK telah melebihi 139 juta pemain sehari.
Lebih mengejutkan jumlah pemain aktif setiap bulan mencecah 260 juta pemain.
Pengumuman ini dibuat bersempena sambutan ulang tahun ke-10 HoK.
🎉 Honor of Kings titles Combined Global MAU surpassed 260 million in 2025!
Thank you, my dear friends, for your warmth and passion!
Our past is an epic story, and now is the beginning of our continued journey forward!
💖 Thank you for being here with Honor of Kings — you are… pic.twitter.com/YsJV6mFqro— Honor of Kings (@HonorOfKings) October 26, 2025
Ini bukan sahaja memecah rekod tahun lepas tetapi memecah rekod dunia dengan jumlah pemain paling ramai untuk permainan video MOBA.
Perbandingan ini hanya boleh dibuat oleh Roblox dengan lebih 380 juta pemain setiap bulan.
Dua permainan video baharu francais Honor of Kings juga akan keluar tidak lama lagi iaitu Honor of Kings: World dan Honor of Kings: Wanxiang Chess.
Data ini juga mengambil kira jumlah semua pemain global dan pemain dari China.

setahun yang lepas