Lagenda bola sepak Wayne Rooney baru-baru ini mengatakan PSP adalah senjata rahsia dominasi Manchester United ketika dia bermain untuk kelab itu.
Wayne Rooney memberitahu hal ini ketika podcast bersama BBC bersempena pelancaran EA Sports FC 26.

Foto: The Independent
“Dahulunya saya bermain terlalu banyak FIFA dan Call of Duty, sekarang kurang sedikit,” ujar Wayne Rooney.
Rooney bermain untuk Manchester United selama 13 tahun dari tahun 2004 sehingga tahun 2017.
PSP adalah punca kejayaan sebenar Man United
Rooney mengatakan Sony PSP antara punca kejayaan kelab itu.
“Tahu tak game apa yang semua orang main? Bukan FIFA. Ini cerita betul, ketika di Man United saya percaya bermain PSP menjadi salah satu punca kejayaan kami,” tambah Rooney lagi.
“Disebabkan game ini, kami semua berkomunikasi dengan lebih banyak. Dari atas kapal terbang sehingga di dalam bas, pasukan kami sentiasa bermain bersama. Lima lawan Lima. Pasukan saya adalah Rio Ferdinand, Michael Carrick, John O’Shea dan Wes Brown,” jelasnya.
Permainan itu adalah SOCOM: U.S. Navy SEALs iaitu tactical shooter yang keluar pada tahun 2005.
Dalam SOCOM, anda perlu berkomunikasi, bermain secara taktikal dan membantu rakan pasukan yang kecundang.
“Cara permainan ini sama seperti bermain bola sepak,” katanya.
Siapa sangka permainan video juga memberi impak besar terhadap kelab gergasi seperti Manchester United.

setahun yang lepas